faq boy with logos

PENGENALAN TVET

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET) merupakan proses pendidikan dan latihan yang menjurus ke arah pekerjaan dan menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan. TVET menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat yang meliputi peringkat sekolah menengah, lepasan sekolah sehingga ke tenaga kerja di industri melalui latihan berasaskan pekerjaan serta latihan berterusan dan pembangunan profesional.

Pembangunan TVET secara formal di Malaysia bermula dengan dua institusi awam iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua. Sejak itu, institusi TVET telah berkembang dan sehingga Disember 2023, terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET diseluruh negara dengan 669 institusi TVET awam, 652 institusi TVET swasta dan 24 institusi TVET di bawah Kerajaan negeri.

Meneliti landskap TVET semasa dan cabaran teknologi baharu yang kompleks, sebanyak 5 teras strategik meliputi 23 strategi dan 67 inisiatif utama diperincikan dalam Dasar TVET Negara 2023.

INFO PUO TVET COLLABORATION HUB

DUA TVET COLLABORATION HUB (TCH) POLITEKNIK UNGKU OMAR DIJANGKA MELONJAK JENAMA TVET DI MALAYSIA

Idea penubuhan TCH tercetus melalui Majlis TVET Negara (MTVET) yang telah ditubuhkan pada 18 Disember 2021 bagi tujuan memperkasakan program dan institusi TVET di negara ini. Pada 11 Februari 2021, Majlis TVET Negara telah bermesyuarat dan bersetuju menubuhkan TVET Collaboration Hub (TCH). Pelaksanaan TCH ini adalah melalui kolaborasi bersinergi melibatkan Kerajaan, Industri dan Institusi TVET bagi merealisasikan Agenda Pemerkasaan TVET. TCH juga merupakan sebuah model ekosistem kolaborasi strategik antara institusi TVET, kerajaan dan industri melalui sumber, kepakaran, peralatan dan lain-lain yang berupaya menjadi pemacu kepada Agenda Pemerkasaan TVET Negara.

Tanggal 18 September 2023, PUO TVET COLLABORATION HUB telah memulakan langkah pertama dengan mengadakan MAJLIS LIBAT URUS TVET COLLABORATION HUB (TCH), POLITEKNIK UNGKU OMAR bertempat di KINTA RIVERFRONT HOTEL & SUITES, IPOH PERAK. Rentetan daripada itu, Politeknik Ungku Omar terus mengorak langkah bergerak maju ke hadapan mewujudkan PUO TVET COLLABORATION HUB yang akan terus mengaktifkan peranan Institusi TVET, agensi kerajaan dan industri dalam bidang PENYAMANAN & PENYEJUKBEKUAN serta KEJURUTERAAN MARIN.

Sehubungan ini PUO telah berbesar hati melancarkan PUO TVET Collaboration Hub iaitu MALAYSIA TVET AIR-CONDITIONING & REFRIGERATION COLLABORATION HUB dikenali sebagai MTARCH dan MALAYSIA MARINE ENGINEERING & TECHNOLOGY TVET COLLABORATION HUB dikenali sebagai MarETeCH.Semoga dengan pelancaran PUO TVET Collaboration Hub ini terus dapat memberi impak yang lebih baik kepada TVET di negara Malaysia ini.

faq boy with logos

JOM MASUK @TVET PUO

Tingkatkan kemahiran anda bersama TVET PUO – Daftar sekarang untuk masa depan yang lebih cerah!
cta dashboard cta dashboard

Unit Pengambilan TVET (PUO)

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET) menyarankan Kementerian Sumber Manusia (KSM) membangunkan Sistem Unit Pengambilan TVET (UP_TVET) sebagai saluran utama ambilan kursus-kursus TVET seluruh Malaysia. KSM telah menambah skop pembangunan UP_TVET secara in-house dalam Projek Menaiktaraf MySPIKE Ke Arah Pembangunan Data Raya TVET.

UP_TVET akan menyelaras pengambilan pelajar baru ke institusi-institusi TVET melalui dua (2) kaedah ambilan.

PENGAMBILAN PERDANA

Permohonan kemasukan kursus-kursus TVET bagi Pengambilan Perdana dibuka 2 kali setahun iaitu Ambilan Januari dan Julai (Selepas keputusan SPM dikeluarkan).

Semua institusi TVET awam di bawah 12 kementerian akan menyertai penawaran ambilan kursus-kursus TVET. Kursus-kursus TVET yang ditawarkan adalah kursus jangka panjang sahaja.

PENGAMBILAN SEPANJANG TAHUN

Permohonan kemasukan sepajang tahun kursus-kursus TVET melibatkan institusi-institusi TVET swasta dan kursus pendek sahaja.

Permohonan sepanjang tahun ini akan dibuka bermula Mei 2025 setelah pembangunan dan pelarasan bersama institusi TVET berkenaan selesai.

PERKHIDMATAN KAMI

Portal TVET Collaboration Hub akan menjadi rujukan utama bagi agensi, pelajar, dan alumni dalam menyediakan latihan, pembangunan tenaga pakar, serta peluang kerjaya. Portal ini juga berperanan sebagai platform untuk kolaborasi antara industri dan institusi, memperkukuh jaringan profesional dan memacu inovasi dalam sektor TVET.

Kursus TVET

MTarch

MTarch menyediakan carian program TVET yang ditawarkan oleh penyedia latihan dari pelbagai negeri, membantu pelajar mencari peluang latihan yang sesuai dengan minat dan keperluan kerjaya mereka.

Selanjutnya
Institusi TVET

MarETeCH

MarETeCH menyatukan penyedia latihan TVET dari pelbagai agensi dan menawarkan pelbagai kursus untuk memperkasa pelajar dalam bidang kemahiran dan pengetahuan terkini.

Selanjutnya